Khasiat makan ikan
11:26
|
Berikut ini adalah beberapa khasiat yang dapat diperolehi dengan memakan ikan.
1. Kesihatan kardiovaskular
Asid lemak omega-3 yang ada dalam ikan telah terbukti memberi kebaikan
kepada jantung, arteri, dan vena yang membentuk sistem kardiovaskular
anda.
2. Menurunkan tekanan darah
Minyak ikan sangat berguna untuk menurunkan tekanan darah, tetapi peranannya dalam pencegahan belum terbukti.
3. Menurunkan berat badan
Menurut kajian yang dilakukan di University of Georgia, minyak ikan
dengan DHA membantu menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel
lemak sehingga mengurangkan pengumpulan lemak secara keseluruhan.
4. Mengurangkan risiko kanser
Omega-3 dalam ikan telah terbukti membantu mencegah tiga jenis kanser utama, iaitu kanser payu dara, usus, dan prostat.
5. Meningkatkan fungsi otak
Asid lemak omega-3 pada ikan dapat membantu perkembangan otak anda.
Pengambilan omega-3 yang tepat dapat membantu meningkatkan fokus mental
kepada anak-anak dan orang dewasa.
7. Menyihatkan mata
Pengambilan ikan sangat baik kerana mempunyai kemampuan dalam
memperbaiki penglihatan. Ikan dapat melawan degenerasi makula (bagian
tengah retina), glaukoma, dan sindrom mata kering.
8. Kecantikan kulit
Sesiapa yang banyak makan ikan akan memiliki kulit cantik. Menurut
kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, asid lemak
omega-3 EPA yang terdapat dalam minyak ikan membantu melambatkan proses
penuaan kulit.
-Sumber Karangkraf.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Popular Posts
-
Kami menjual pelbagai jenis blazer untuk dipakai ke pejabat dengan harga yang amat murah dan berpatutan,mengikut saiz.tak perlu mengeluar...
-
Blazer adalah sejenis jaket yang dipakai sebagai pakaian yang santai namun tetap cukup rapi. Sebuah blazer bentuknya menyerupai jas dengan...
-
RAUB - Seorang wanita berusia lingkungan 20-an kerugian RM1,800 manakala seorang lelaki kempunan memiliki telefon mudah alih jenama I...
-
Berikut ini adalah beberapa khasiat yang dapat diperolehi dengan memakan ikan. 1. Kesihatan kardiovaskular Asid lemak omega-3...
ikan segar
ReplyDelete