Ditipu sewaktu membeli secara Online
17:10
|
RAUB - Seorang wanita berusia lingkungan 20-an kerugian RM1,800
manakala seorang lelaki kempunan memiliki telefon mudah alih jenama
Iphone 5 apabila masing-masing ditipu dalam satu urusan perniagaan yang
dilakukan secara atas talian (online).
Wanita terbabit dikatakan cuba membeli barangan kosmetik secara borong bernilai RM1,800 yang ditemuinya ketika melayari sebuah laman sosial.
Manakala lelaki terbabit cuba membeli telefon pintar Iphone 5 melalui sebuah laman sesawang dengan harga RM1,200.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian yang menimpa wanita terbabit berlaku bulan lalu di mana mangsa telah memasukkan jumlah wang diminta melalui sebuah mesin deposit wang di salah sebuah bank ke dalam akaun seorang wanita.
“Suspek kemudiannya berjanji akan pos barang yang dijanjikan pada 28 Januari lalu, namun sehingga kini barang yang dijanjikan tidak juga sampai.
“Mangsa cuba menghubungi suspek namun tidak dapat lalu merasakan dirinya telah ditipu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berkaitan kejadian terbabit,” katanya.
Bagi lelaki terbabit pula, menurutnya, kejadian turut berlaku Januari lalu di mana sebaik sahaja mangsa berhasrat untuk membeli telefon pintar terbabit, dia telah menghubungi suspek melalui nombor yang tertera dalam iklan tersebut.
“Mangsa menghubungi suspek memberitahu wang sudah dimasukkan ke dalam akaun suspek dan berjanji akan menghantar barang berkenaan, namun sehingga kini mangsa masih belum menerimanya.
“Sebagaimana mangsa wanita itu, mangsa juga cuba menghubungi suspek setelah beberapa hari mendapati barang yang dibeli masih tidak sampai, namun suspek gagal dihubungi. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah merasakan dirinya
telah ditipu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan kepada masyarakat agar tidak mudah percaya dengan jualan murah di internet.

“Pastikan anda membeli secara atas talian di laman sesawang yang
disahkan selamat dan jika ingin membeli di atas talian pastikan anda
membeli secara tunai dan serahan tangan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Popular Posts
-
Kami menjual pelbagai jenis blazer untuk dipakai ke pejabat dengan harga yang amat murah dan berpatutan,mengikut saiz.tak perlu mengeluar...
-
Blazer adalah sejenis jaket yang dipakai sebagai pakaian yang santai namun tetap cukup rapi. Sebuah blazer bentuknya menyerupai jas dengan...
-
RAUB - Seorang wanita berusia lingkungan 20-an kerugian RM1,800 manakala seorang lelaki kempunan memiliki telefon mudah alih jenama I...
-
Berikut ini adalah beberapa khasiat yang dapat diperolehi dengan memakan ikan. 1. Kesihatan kardiovaskular Asid lemak omega-3...
Awas...
ReplyDelete