Khasiat makan ikan



Berikut ini adalah beberapa khasiat yang dapat diperolehi dengan memakan ikan.
1. Kesihatan kardiovaskular
Asid lemak omega-3 yang ada dalam ikan telah terbukti memberi kebaikan kepada jantung, arteri, dan vena yang membentuk sistem kardiovaskular anda.
2. Menurunkan tekanan darah
Minyak ikan sangat berguna untuk menurunkan tekanan darah, tetapi peranannya dalam pencegahan belum terbukti.
3. Menurunkan berat badan
Menurut kajian yang dilakukan di University of Georgia, minyak ikan dengan DHA membantu menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak sehingga mengurangkan pengumpulan lemak secara keseluruhan.
4. Mengurangkan risiko kanser
Omega-3 dalam ikan telah terbukti membantu mencegah tiga jenis kanser utama, iaitu kanser payu dara, usus, dan prostat.
5. Meningkatkan fungsi otak
Asid lemak omega-3 pada ikan dapat membantu perkembangan otak anda. Pengambilan omega-3 yang tepat dapat membantu meningkatkan fokus mental kepada anak-anak dan orang dewasa.
7. Menyihatkan mata
Pengambilan ikan sangat baik kerana mempunyai kemampuan dalam memperbaiki penglihatan. Ikan dapat melawan degenerasi makula (bagian tengah retina), glaukoma, dan sindrom mata kering.
8. Kecantikan kulit
Sesiapa yang banyak makan ikan akan memiliki kulit cantik. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, asid lemak omega-3 EPA yang terdapat dalam minyak ikan  membantu melambatkan proses penuaan kulit.

-Sumber Karangkraf.
Read More »

Ditipu sewaktu membeli secara Online


RAUB - Seorang wanita berusia lingkungan 20-an kerugian RM1,800 manakala seorang lelaki kempunan memiliki telefon mudah alih jenama Iphone 5 apabila masing-masing ditipu dalam satu urusan perniagaan yang dilakukan secara atas talian (online).

Wanita terbabit dikatakan cuba membeli barangan kosmetik secara borong bernilai RM1,800 yang ditemuinya ketika melayari sebuah laman sosial.

Manakala lelaki terbabit cuba membeli telefon pintar Iphone 5 melalui sebuah laman sesawang dengan harga RM1,200.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian yang menimpa wanita terbabit berlaku bulan lalu di mana mangsa telah memasukkan jumlah wang diminta melalui sebuah mesin deposit wang di salah sebuah bank ke dalam akaun seorang wanita.

“Suspek kemudiannya berjanji akan pos barang yang dijanjikan pada 28 Januari lalu, namun sehingga kini barang yang dijanjikan tidak juga sampai.

“Mangsa cuba menghubungi suspek namun tidak dapat lalu merasakan dirinya telah ditipu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berkaitan kejadian terbabit,” katanya.

Bagi lelaki terbabit pula, menurutnya, kejadian turut berlaku Januari lalu di mana sebaik sahaja mangsa berhasrat untuk membeli telefon pintar terbabit, dia telah menghubungi suspek melalui nombor yang tertera dalam iklan tersebut.

“Mangsa menghubungi suspek memberitahu wang sudah dimasukkan ke dalam akaun suspek dan berjanji akan menghantar barang berkenaan, namun sehingga kini mangsa masih belum menerimanya.

“Sebagaimana mangsa wanita itu, mangsa juga cuba menghubungi suspek setelah beberapa hari mendapati barang yang dibeli masih tidak sampai, namun suspek gagal dihubungi. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah merasakan dirinya
telah ditipu,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan kepada masyarakat agar tidak mudah percaya dengan jualan murah di internet.
“Pastikan anda membeli secara atas talian di laman sesawang yang disahkan selamat dan jika ingin membeli di atas talian pastikan anda membeli secara tunai dan serahan tangan,” katanya.
Read More »

Blazer sejenis pakaian...

Blazer adalah sejenis jaket yang dipakai sebagai pakaian yang santai namun tetap cukup rapi. Sebuah blazer bentuknya menyerupai jas dengan potongan yang lebih santai. Bahan untuk membuat blazer biasanya tahan lama, karena ia merupakan jaket olahraga luar ruangan. Blazer sering dijadikan sebagai pakaian seragam, misalnya untuk penerbangan, sekolah, dan klub olahraga.
Read More »

Blazer Murah

Kami menjual pelbagai jenis blazer untuk dipakai ke pejabat dengan harga yang amat murah dan berpatutan,mengikut saiz.tak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki blazer.

Kami juga menyediakan perkhidmatan pos terus kerumah anda.

Ada 2 jenis pembayaran boleh dibuat. 
Read More »

Popular Posts

Payment Option